Vintage Phototgraphy
Hi anyone! I'am Hana. This is my new skins. I Love photography and vintage. Enjoy with my skins

Jangan lupa follow ana tau ^_^


Vintage Photography
Monday, August 26, 2013 • 6:32 PM • 0 Comment(s)




haiyaa maaa.. tajuk dah tak boleh blah kan? tapi banyak orang tak tahu perkara ini sebenarnya. Serius cakap ramai yang tahu bercinta tapi tak ramai yang tahu macam mana nak kekal dalam cinta. Kalau bercinta 1 bulan selepas tu putus lepas tu bercinta lagi, tapi ini bukan tahap bercinta sahaja. Orang yang dah kahwin pon macam tu. Tak sampai setahun bercerai berai.

kenapa kenapa dan kenapa ini berlaku ya tuan puan sekalian alam?????




  1. Terlalu mengongkong pasangan anda.
  • serius cakap lelaki atau wanita sama-sama tak suka dikongkong. bila terpaksa bermesej 24jam sehari @ bila terpaksa 24jam berbual telefon tak ada orang yang akan suka. mungkin kalau hari pertama berkenalan perkara tu jadi hobi yang menyeronokkan tapi kalau dah bertahun-tahun dah tak seronok dah wahai tuan-tuan puan-puan sekalian. buat kita dan pasangan semakin jemu dan bosan dengan kita ada.
    2.  Kuat cemburu buta atau cemburu rabun
  • cemburu maknanya sayang, tak salah cemburu tapi bercemburulah*HAHA* secara berpada-pada. Kalau cemburu jangan terus menghukum, siasat dahulu, bertenang, tarik nafas dalam-dalam, cari bukti dah kalau betul apa lagi belasah terus! HAHA *sila jangan tiru aksi ini* no maksud ana disini cari bukti dahulu mungkin itu cuma sangkaan kita.
    3.  Tidak matang  
  • Tak matang adalah bersifat terlalu budak-budakkan . sampai makan nak disuap, tidur nak didodoikan bla bla blaaaa.. ok fine, awak dah membesar jadi bercinta perlu matang, kalau tak matang sila jangan bercinta. nononoooo 




   4.  Berfikir secara terburu-buru
  • Belum apa-apa dah "jom putus!" "kita putus lah kalau macam ni" "saya ceraikan awak" "ceraikan saya sekarang!!!" dan seumpama dengan nya. 1 jam selepas itu. menyesal, tak jadi nak berpisah. Hohooo.. ini tak boleh jadi!

   5. Suka mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya bila marah
  • bermulanya perang mulut, kau maki aku, aku maki kau. bila marah bila bercakap bukan menggunakan akal tapi amarah kita. kadang-kadang dari kata-kata tu boleh buat kita terasa sampai ke tulang rusuk. pedih ulu hati. semua adaa tau. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata????

   6. Tak setia
  • yang ini saja ana bagi last sekali, sebab ini isu besar, bukan main-main. kalau bercinta jangan nak curang bagai. awak mungkin rasa perkara tu seronok, tapi kalau awak sendiri yang kena baru tahu pedih tak pedih . kalau sayang jangan lukakan insan yang kita sayang hanya kerana kita nak seronok-seronok dengan orang lain. OK?
Ini tip-tip dari ana kalau rasa nak kekal hingga ke anak cucu, cicit.. 







0 Comments posted :

Post a Comment


This Is Me



Follow | Dashboard
Hi!Assalamualaikum u all! Welcome to my page :)
Hi visitor(s). I'm Hana. Don't copy anything without my permission. Be nice here and do come again! :)

Silent reader(s)


Newer Posts | Older Posts