yang jika kasar dalam memperlakukannya
akan merosak keindahannya
menodai kesempurnaannya sehingga
menjadikannya layu tak berseri
ia ibarat selembar sutera yang mudah robek
oleh terpaan badai
terombang ambing oleh hempasan angin
dan basah kuyup meski oleh setitik air
oleh kerananya jangan biarkan hatinya terguris
atau terluka kerana ucapan yang menyakitkan
kerana hatinya begitu lembut
jangan pula membiarkannya sendirian menatang hidup
kerana sesungguhnya ia hadir dari
kesendirian dengan menawarkan setangkup
ketenangan dan ketenteraman
sebaiknya tidak sekali-kali
membuatnya menangis oleh sikap yang
mengecewakan
kerana biasanya tangisan itu tetap
membekas di hati meski airnya
tidak membasahi kelopak matanya..
♥♥ WaN!Ta !Tu MuT!aRa ♥♥
orang perlu menyelam jauh ke dasarnya
untuk mendapatkan kecantikan
sesungguhnya kerana melihat dengan tanpa membuka
tabir hatinya niscaya hanya
semu sesaat yang seringkali mampu
mengelabui mata
orang perlu berjuang menyusur ombak
menahan arus dan menatang semua bahayanya
untuk meraihnya dan tentu untuk itu
orang harus memiliki bekal
yang cukup sehingga layak
dan pantas mendapatkan mutiara itu..
SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN....
SETABAH mana seorang WANITA cuba melalui UJIAN....
SETENANG mana seorang WANITA cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN....
adakalanya air mata akan tetap JATUH BERGUGURAN
di pipi walau dalam SENYUMAN
lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN
mudah terguris dan terhiris
hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri...
dan hanya LELAKI SEJATI yang mampu menjadi
PENAWAR buat dirinya....♥♥
0 Comments posted :